Khas untuk penerima SMS dari Akhi Fairuz. Pendaftaran dilanjutkan sehingga 8am, 18 Jun 2021.

“Program Terbaik Seminar Online Untuk Anak-anak. Jom Sertai Seminar Bersama Akhi Fairuz Live Di Facebook!

19 – 20 Jun 2021, Di depan komputer anda!

Tentatif Seminar

Seminar Kerana Dirimu Begitu Berharga
Umur: 7 – 9
Tarikh: 19 Jun 2021,
Masa: 2.30 – 4.30 pm (2 jam)

Seminar Slot Oh Akil Balighlah
Umur: 10 – 13
Tarikh: 19 Jun 2021,
Masa: 9 am – 1 pm (4 jam)

Seminar Remaja Hebat Jauhi Maksiat
Umur: 14 -17
Tarikh: 20 Jun 2021
Masa: 9 am – 1 pm (4 jam)

Pilih Slot Seminar Yang Anda Berminat Dibawah

Nota: Katakanlah tuan puan miliki anak yang berusia 7 dan 9 tahun, maka tidak ada masalah untuk mereka tonton bersama. Lagipun, yuran penyertaan mengikut pendaftaran, bukan bilangan anak. Tak perlu register dan bayar 2 kali, melainkan anak yang lain berusia 10 tahun ke atas.

PENDAFTARAN AKAN DITUTUP DALAM MASA:

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

“Program Terbaik Seminar Online Untuk Anak-anak. Jom Sertai Seminar Bersama Akhi Fairuz Live Di Facebook!

19 – 20 Jun 2021,

Di depan komputer anda,

melalui Facebook LIVE.

Pilih Slot Masa Anda!

Kerapkali saya diajukan soalan oleh ibu bapa seperti, bagaimana nak didik anak supaya tak terjebak dengan pornografi. Ada pula yang minta nasihat untuk atasi masalah anak yang ketagihan video lucah.

Ada juga pertanyaan yang lain diajukan, macam mana nak jawab bila anak tanya pasal seks? Pasal rogol? Nak terangkan macam mana. Bukan kalau kita cerita, anak akan explore lagi ke?

Anak saya dah akil baligh, macam mana saya nak jadikan dia best friend ya? Nak kena ajar anak mandi wajib juga ke? Kan kat sekolah ustaz ustazah dah ajar?

Macam-macam soalan!

Ada ketika saya akan kongsikan jawapan di media sosial dan mengharapkan ibu bapa mempraktikkannya kepada anak masing-masing. Namun realitinya, ramai ibu bapa belum bersedia untuk mendidik anak dalam topik ini.

Bila nak mula? Bagaimana nak sampaikan? Tunggu anak tanya dulu ke atau kita cerita dulu? Bagaimana pula dengan intonasi suara? Tegas? Garang? Boleh buat lawak ke?

Oleh yang demikian, saya mengambil insiatif untuk menganjurkan 3 siri seminar online bagi membantu ibu bapa di luar sana mendidik anak-anak.

Mari saya bantu tuan puan!

Apa Yang Akan Anda Dan Anak Belajar Dalam Seminar Ini?

Seminar ini terbahagi kepada 3 slot mengikut kesesuaian umur. Ikut semua atau pilih mengikut kesesuaian umur anak anda. 

Seminar : Kerana Dirimu Begitu Berharga

Umur : 7-9 tahun
Durasi : 2 jam

R
Peserta akan diajar mengenali apa itu private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa serta apa yang perlu dilakukan bila ada individu cuba menyentuh hotspot pada anggota badan
R

Mereka juga akan belajar memahami asas anatomi badan, apa yang membezakan seorang lelaki dan perempuan

R

Adab mandi, adab minta izin masuk bilik mak ayah, aurat sesama adik beradik dan orang luar

R

Anak-anak turut diajar ‘how to react’ bila ada individu yang dikenali atau tak cuba melakukan sentuhan yang tak selamat

R

Antara topik lain yang akan disentuh – jangan jadi pembuli, jangan mencarut, bercakap kotor, ketagih games, motivasi belajar

Seminar : Oh, Akil Balighlah!
Umur : 10-13 tahun
Durasi : 4 jam

R
Peserta akan diajar mengenali apa itu private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa serta apa yang perlu dilakukan bila ada individu cuba menyentuh hotspot pada anggota badan
R

Mereka juga akan belajar apa itu akil baligh, bagaimana lelaki dan perempuan boleh akil baligh, kenapa lelaki boleh keluar air mani, kenapa perempuan keluar darah haid

R

Selain itu, fasa awal keremajaan turut akan disentuh, termasuklah yang melibatkan perubahan hormon, tubuh badan, naluri seksual dan lain-lain

R

Cara mandi hadas besar, ibadah-ibadah fardhu

R

Asas pendidikan seksualiti turut disentuh seperti topik minta izin masuk bilik ibu bapa, larangan memakai satu selimut serta hikmah pengasingan tempat tidur

R

Menjawab dengan santai segala persoalan yang bermain dalam fikiran anak-anak seperti bagaimana saya boleh dilahirkan, apa itu hubungan seksual, apa itu rogol dan lain-lain

R

Para peserta akan belajar mengenai isu keremajaan, kecenderungan mereka, ketertarikan kepada lain jantina dan yang berkaitan

R

Antara topik lain yang akan disentuh – jangan jadi pembuli, jangan mencarut, bercakap kotor, ketagihan games, ketagihan video lucah, motivasi belajar

Seminar : Remaja Hebat Jauhi Maksiat
Umur : 14-17 tahun
Durasi : 4 jam

R

Apa itu remaja? Apa yang membezakan mereka dengan zaman kanak-kanak dan dewasa

R

Apa itu maksiat? Bagaimana nak jadi remaja yang hebat jauhi maksiat?

R

Peserta akan faham sejelasnya mengenai anatomi tubuh badan, kenapa wanita boleh mengandung, kenapa lelaki perlu melindungi wanita

R

Akta yang berkaitan jenayah seksual serta hukuman dari sudut undang-undang

R

Para pelajar juga akan diajak untuk menjadi duta dalam menyebar awareness say no to zina, seks bebas, pembuangan bayi, pengguguran dan lain-lain

R

Jenis-jenis penyakit kelamin yang berpunca dari hubungan seksual, baik heteroseksual, homoseksual, oral seks.

R

Kecenderungan remaja masa kini – media sosial, dunia fame, berkejar-kejar untuk dapatkan clout, kpop dan lain-lain

R

Ketagihan pornografi dan rawatan pemulihan

R

Antara topik lain yang akan disentuh – jangan jadi pembuli, jangan mencarut, bercakap kotor, ketagihan games, masalah kesihatan mental dan motivasi belajar

“Kenapa Perlu Join Seminar Ini?”

Kita tak tahu bila pandemik Covid-19 ni akan berakhir. Sudah tentu saat ini anak-anak itu ada di depan mata kita, 24 jam sehari. Jadi, seminar ini dianjurkan bagi memberi nilai tambah buat anak agar lebih memahami akan dirinya sendiri.

Untuk anak perempuan yang baru akil baligh, biasanya ibu akan ajar penggunaan tuala wanita, cara bersihkan dan lain-lain. Namun siapa pula yang akan didik anak lelaki cara mandi wajib dan lain-lain? Jadi, anak lelaki anda perlu sertai seminar ini.

Kita amat risau akan barah pornografi yang sangat berleluasa kini. Jadi, dalam seminar ini saya akan perincikan hingga anak-anak akan faham dengan sesungguhnya, video lucah adalah dadah alaf baru, menjijikkan dan merosakkan tingkahlaku seseorang.

Ramai remaja yang saya jumpa berkehendak akan 2 perkara. Yang pertama, cinta/ kasih sayang, yang kedua, persahabatan. Jika mereka tidak memperolehi salah satu dari 2 hal ini, biasanya mereka akan terlibat dengan hal-hal yang tak sepatutnya. Jadi, biar saya kongsikan kepada anak-anak kalian erti cinta yang sebenar dan siapa rakan yang patut mereka percaya.

Anak tuan puan tinggal di asrama? Bakal tinggal di asrama? Mari saya kongsikan kepada mereka sisi gelap yang ada ketika berlaku di asrama hingga berputiknya benih-benih homoseksual.

Bukankah terlalu awal untuk dedahkan anak seawal darjah 1 sertai seminar begini? Sebenarnya salah. Lagi awal anak anda tahu berkaitan asas pendidikan seksualiti, lagilah baik. Mereka berhak faham apa itu private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa, apa nak kena buat bila ada orang cuba lakukan sentuhan yang tak baik kepada mereka, faham perkataan atau simbol lucah dan banyak lagi. Jadi, izinkan saya untuk bantu tuan puan mendidik anak-anak ini.

Tekan butang “Daftar Sekarang” dibawah untuk pilih slot seminar Sekarang!