“Program Terbaik Seminar Online Untuk Anak-anak. Jom Sertai Seminar Bersama Akhi Fairuz Live Di YouTube!

4 JUN 2022, di depan komputer, laptop, ipad, smart tv, smart phone anda!

Tentatif Seminar

Slot Oh Akil Balighlah

Umur: 9 – 17
Tarikh: 4 Jun 2022
Masa: 9 am – 1 pm (4 jam)

Slot Bestnya Solat/ Mandi Wajib

Umur: 9 – 17
Tarikh: 4 Jun 2022,
Masa: 2.30 pm – 4.30 pm (4 jam)

Slot Forum Keibubapaan

Tarikh: 4 Jun 2022,
Masa: 8.30 – 11.00 pm (2 jam)

Sila Daftar Dibawah

Perhatian, 1 Tiket Penyertaan Untuk Penyertaan 1 keluarga.

NOTA: Rakaman juga akan disediakan selepas tamat seminar

PENDAFTARAN AKAN DITUTUP DALAM MASA:

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Testimoni Seminar Lepas

“Program Terbaik Seminar Online Untuk Anak-anak. Jom Sertai Seminar Bersama Akhi Fairuz Live Di Facebook!

4 Jun 2022,
di depan komputer, laptop, ipad, smart tv, smart phone anda!

Jom Daftar Sekarang!

Kerapkali saya diajukan soalan oleh ibu bapa seperti, bagaimana nak didik anak supaya tak terjebak dengan pornografi. Ada pula yang minta nasihat untuk atasi masalah anak yang ketagihan video lucah.

Ada juga pertanyaan yang lain diajukan, macam mana nak jawab bila anak tanya pasal seks? Pasal rogol? Nak terangkan macam mana. Bukan kalau kita cerita, anak akan explore lagi ke?

Anak saya dah akil baligh, macam mana saya nak jadikan dia best friend ya? Nak kena ajar anak mandi wajib juga ke? Kan kat sekolah ustaz ustazah dah ajar?

Macam-macam soalan!

Ada ketika saya akan kongsikan jawapan di media sosial dan mengharapkan ibu bapa mempraktikkannya kepada anak masing-masing. Namun realitinya, ramai ibu bapa belum bersedia untuk mendidik anak dalam topik ini.

Bila nak mula? Bagaimana nak sampaikan? Tunggu anak tanya dulu ke atau kita cerita dulu? Bagaimana pula dengan intonasi suara? Tegas? Garang? Boleh buat lawak ke?

Oleh yang demikian, saya mengambil insiatif untuk menganjurkan 3 siri seminar online bagi membantu ibu bapa di luar sana mendidik anak-anak.

Mari saya bantu tuan puan!

Apa Yang Akan Anda Dan Anak Belajar Dalam Seminar Ini?

Seminar ini terbahagi kepada 3 slot sesi. Slot siang untuk penyertaan Anak-anak dan ibubapa.

Slot malam pula untuk penyertaan Ibubapa. Namun, anak-anak juga digalakan bersama pada slot malam. 

Setiap slot akan dirakam

Seminar : Oh, Akil Balighlah!
Umur : 10-17 tahun
Durasi : 4 jam

AKHI FAIRUZ AL-JENGKAWI

MFA SMART TRAINING & CONSULTANCY

PENCERAMAH

R
Peserta akan diajar mengenali apa itu private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa serta apa yang perlu dilakukan bila ada individu cuba menyentuh hotspot pada anggota badan
R

Mereka juga akan belajar apa itu akil baligh, bagaimana lelaki dan perempuan boleh akil baligh, kenapa lelaki boleh keluar air mani, kenapa perempuan keluar darah haid

R

Selain itu, fasa awal keremajaan turut akan disentuh, termasuklah yang melibatkan perubahan hormon, tubuh badan, naluri seksual dan lain-lain

R

Cara mandi hadas besar, ibadah-ibadah fardhu

R

Asas pendidikan seksualiti turut disentuh seperti topik minta izin masuk bilik ibu bapa, larangan memakai satu selimut serta hikmah pengasingan tempat tidur

R

Menjawab dengan santai segala persoalan yang bermain dalam fikiran anak-anak seperti bagaimana saya boleh dilahirkan, apa itu hubungan seksual, apa itu rogol dan lain-lain

R

Para peserta akan belajar mengenai isu keremajaan, kecenderungan mereka, ketertarikan kepada lain jantina dan yang berkaitan

R

Antara topik lain yang akan disentuh – jangan jadi pembuli, jangan mencarut, bercakap kotor, ketagihan games, ketagihan video lucah, motivasi belajar

Slot : Bestnya Solat / Mandi Wajib

Durasi : 2 jam

FADLI OTHMAN

FOUNDER GOODBYE PORNOGRAPHY

PENCERAMAH

R

Peserta akan dapat kaitkan kenapa solat dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar seperti menonton pornografi, menghampiri zina dan lain-lain.

R

Mereka juga akan sedar Allah itu bukan Tuhan yang disembah, tetapi Tuhan Yang Menciptakan!

R

Selain itu, mereka akan fahami solat bukan sekadar satu rutin, tetapi manifestasi penyembahan yang hakiki kepada Yang Maha Kuasa, pencipta seluas-luas alam

R

Bagaimana mahu mencapai khusyuk dalam solat

R

Yang paling penting peserta akan semakin faham kenapa solat menjadi rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah serta kenapa ia ibadah pertama yang akan dihitung di padang mahsyar kelak

R

Peserta akan memahami mandi wajib ini sebenarnya sangat mudah tetapi sering diberatkan

R

Selain itu, mereka akan diajar secara praktikal mandi wajib yang sebenar. Ya, praktikal akan ditunjuk terus secara live!

R

Peserta juga akan faham kenapa selepas hadas besar wajib mandi wajib

R

Kisah benar remaja hari ini yang meringankan mandi wajib bahkan ada yang begitu jahil tak pernah sekalipun mandi wajib!

R

Cara mandi wajib menggunakan air pancut, air kolah, air sungai, air telaga, air laut, bertayamum dan lain-lain

Slot : Forum Keibubapaan

Durasi : 2 jam

DR. NIZAM ZAKARIA

PAKAR PSIKIATRI
UIAM

FADLI OTHMAN

CIKGU VIRAL
PENGERUSI DANA KITA

PUAN WAWA

BESTNYA PARENTING

BARISAN PANEL FORUM

R

Ada anak-anak mengadu ibu bapa tak faham mereka. Ada pula ibu bapa mengadu anak tak faham mereka. Kenapa hal ini boleh berlaku? Isu ini akan diulas oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria.

R

Guru menjadi ibu bapa anak-anak di sekolah. Ada ketika karakter anak di sekolah tak sama di rumah. Apa sebenarnya kisah anak-anak yang berlaku di sekolah tanpa ibu ayah tahu? Isu ini akan dikupas secara terperinci oleh Cikgu Fadli Salleh.

R

Ayah adalah satu figure yang paling penting dalam membentuk peribadi seorang anak. Namun jika anak itu dibesarkan tanpa seorang ayah di sisi, adakah mereka ada potensi akan terjebak dengan perkara yang tidak elok? Isu ini akan dikupas oleh Puan Wawa Syauqi yang membesar tanpa bapa.

R

Peserta akan memahami apa sebenarnya isi hati anak yang tidak terluah selama ini

R

Ibu bapa juga akan mengetahui apa sebenarnya isi hati mak ayah yang tidak terluah kepada anak

Testimoni Seminar Lepas

“Kenapa Perlu Join Seminar Ini?”

Kita tak tahu bila pandemik Covid-19 ni akan berakhir. Sudah tentu saat ini anak-anak itu ada di depan mata kita, 24 jam sehari. Jadi, seminar ini dianjurkan bagi memberi nilai tambah buat anak agar lebih memahami akan dirinya sendiri.

Untuk anak perempuan yang baru akil baligh, biasanya ibu akan ajar penggunaan tuala wanita, cara bersihkan dan lain-lain. Namun siapa pula yang akan didik anak lelaki cara mandi wajib dan lain-lain? Jadi, anak lelaki anda perlu sertai seminar ini.

Kita amat risau akan barah pornografi yang sangat berleluasa kini. Jadi, dalam seminar ini saya akan perincikan hingga anak-anak akan faham dengan sesungguhnya, video lucah adalah dadah alaf baru, menjijikkan dan merosakkan tingkahlaku seseorang.

Ramai remaja yang saya jumpa berkehendak akan 2 perkara. Yang pertama, cinta/ kasih sayang, yang kedua, persahabatan. Jika mereka tidak memperolehi salah satu dari 2 hal ini, biasanya mereka akan terlibat dengan hal-hal yang tak sepatutnya. Jadi, biar saya kongsikan kepada anak-anak kalian erti cinta yang sebenar dan siapa rakan yang patut mereka percaya.

Anak tuan puan tinggal di asrama? Bakal tinggal di asrama? Mari saya kongsikan kepada mereka sisi gelap yang ada ketika berlaku di asrama hingga berputiknya benih-benih homoseksual.

Bukankah terlalu awal untuk dedahkan anak seawal darjah 1 sertai seminar begini? Sebenarnya salah. Lagi awal anak anda tahu berkaitan asas pendidikan seksualiti, lagilah baik. Mereka berhak faham apa itu private part, sentuhan selamat, sentuhan tak selamat, sentuhan tak selesa, apa nak kena buat bila ada orang cuba lakukan sentuhan yang tak baik kepada mereka, faham perkataan atau simbol lucah dan banyak lagi. Jadi, izinkan saya untuk bantu tuan puan mendidik anak-anak ini.

Tekan butang “Daftar Sekarang” dibawah untuk pilih slot seminar Sekarang!

HAK CIPTA TERPELIHARA 2021. MFA Smart Training & Consultancy (002678290-A)